Jenis jin dan tugas nya|alam gaib

Ilustrasi bentuk jin

News jambi berita99 - alquran

Ibn Abid-Dunya di dalam kitabnya
“ مكائد الشيطان “ menyebut mengenai
pembahagian jin ini dengan merujuk kepada sabda Rasulullah saw yang
diriwayatkan oleh Abi Darda’ r.a :

خَلَقَ اللهُ تَعَالَى الجِنَّ ثَلَاثَةَ أَصْنَافٍ صِنْفٌ حَيَّاتٌ وَعَقَارِبُ وَحَشَائِشُ وَصِنْفُ كَالرِّيحِ فِى
الْهَوَاءِ وَصِنْفٌ عَلَيْهِمُ الْحِسَابُ وَالْعِقَابُ

Maksudnya : “ Allah swt menciptakan jin tiga bahagian, satu bahagian
ular, kala dan binatang melata di bumi, sebahagian yang lain akan
dikenakan hisab dan diseksa.”

Di dalam hadis yang lain baginda Rasulullah saw bersabda :

الجِنُّ على ثَلَاثَةِ أَصْنَافٍ صِنْفٌ لَهُمْ أَجْنِحَةٌ يَطِيرُونَ في الهَوَاءِ وَصِنْفٌ حَيَّاتٌ وَكِلَابٌ وَصِنْفٌ
يَحِلُّوْنَ وَيَظْعَنُوْنَ
Maksudnya : “ Jin itu ada tiga golongan. Satu golongan yang mempunyai
kepak yang terbang ke sana ke mari ( di udara ), satu golongan pula
berbentuk ular dan anjing, manakala golongan yang ketiga ada yang
tinggal setempat dan ada yang berpindah randah.”
( Riwayat al-Hakim di  dalam al-Mustadrak)

Ada ulama telah membahagikan jin ini kepada beberapa bahagian
berdasarkan kepada bidang tugas dan kerja-kerjanya.

  Jenis dan tugas jin :

1. *Jin*  adalah suatu nama kepada satu-satu makhluk secara umum.
2.* ‘Ifrit* (عِفْرِيـتٌ ) adalah pgolongan jin tetapi mempunyai daya menipu,
kekuata yang luar biasa yang dianugerah kepadanya oleh Allah swt
sebagaimana firman-Nya bermaksud :

"Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu
sebelum Engkau bangun dari tempat dudukmu, dan Sesungguhnya Aku amatlah
kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah".(Surah al-Naml:39)

Perkataan ‘Ifrit hanya sekali sahaja yang disebut di dalam al-Quran.

3.* Syaitan* adalah ketua segala anasir yang mebuat kebinasaan, kafir,
fasik, sombong, enggan sujud kepada Adam a.s dan dia dikutuk dan dilaknat.

4. *Al-Marid* (  المَارِد) sejenis jin juga dan lebih degil dan jahat.

Disebut di dalam al-Quran sebanyak tiga kali. Maksudnya :

"dan mereka (dengan Yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan
Yang derhaka" (Surah al-Nisa’:117)

"Dan ada di antara manusia Yang membantah perkara-perkara Yang berhubung
Dengan Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan ia
menurut tiap-tiap Syaitan Yang telah sebati Dengan kejahatan."(Surah
al-Hajj :3)

"Dan (Kami pelihara urusan langit itu) Dengan serapi-rapi kawalan dari
(masuk campur) tiap-tiap Syaitan Yang derhaka;"(Surah al-Saffat :7)

5. *Al-Awamir* ( العَوَامِرِ) kerana ia lama tinggal di dalam rumah manusia.
Mereka tinggal di rumah –rumah keluarga baik dan juga keluarga jahat.
Mereka suka mengusik.
Baginda Rasulullah saw melarang kita daripada membunuh jin yang tinggal
di rumah kita apabila ia menyerupai binatang seperti ular melainkan
setelah diberi amaran sebanyak tiga kali. Kalau tidak keluar juga
bolehlah dibunuh dan tidak berdosa.

Diriwayatkan satu sabda Rasulullah saw daripada Abi Said al-Khudri :

إِنَّ بِالمَدِينَةِ نَفَرًا مِنَ الجِنَّ قَدْ أَسْلَمُوا فَمَنْ رَأَى شَيْئًا مِنْ جُنْدِهِ العَوَامِرِ فَلْيُؤَذِّنْ
ثَلَاثًا فَإِن بَدَا لَهُ بَعْدُ فَلْيَقْتُلْهُ فَإِنَّهُ شَيْطَانٌ
Maksudnya : Sesungguhnya di Madinah ada golongan jin yang telah menganut
agama Islam. Barang siapa yang melihat sesuatu daripada golongan Awamir
( jin yang tinggal di rumah ) maka hendaklah mengarahkan ia keluar (
sebanyak tiga kali ). Jika jin itu enggan keluar bolehlah dibunuh
selepas itu kerana ia adalah syaitan.

Oleh itu perlu kita ingat supaya tidak tergesa-tergesa membunuhnya
sebagaimana sabda Rasulullah saw :

لَا تَقْتُلُوا الجِنَانَ إِلَّا كُلُّ أَبْتَرِ ذِي طَفِيَّتَيْنِ فَإِنَّهُ يُسْقِطُ الوَلَدَ وَيُذْهِبُ البَصَرَفَاقْتُلُوهُ

Maksudnya :  Jangan kamu membunuh jin melainkan setiap yang jahat yang
suka melakukan kejahatan. Sesungguhnya ia menggugurkan kandungan anak (
dalam perut ) dan menghilangkan penglihatan oleh itu bunuhlah mereka.
   ( Riwayat Imam Bukhari )

Di dalam hadis yang lain :

اَلْحَيَّاتُ مَسْخُ الجِنَّ كَمَا مُسِخَت القِرَدَةُ وَالخَنَازِيزُ من بني إسرائيلَ

Maksudnya : “Ular itu adalah jin yang diubah bentuknya sebagaimana kera
dan babi yang diubah daripada kaum Bani Israil yang ingkar.”( Riwayat
al-Tabarani.Hadis Sahih )

6. *Al-Arwah* (  الأَرْوَاح) ialah sejenis jin yang suka mengganggu
kanak-kanak. Mengenai nama al-Arwah ini, Ukasyah Abdul Mannan al-Taiyibi
di dalam bukunya“ شياطين الإنس والجن “ tidak bersetuju dengan nama ini.
Katanya setelah dikaji perkataan al-Arwah atau mufradnya (singular) roh
di dalam al-Quran tidak terdapat makna jin atau syaitan tetapi
merangkumi erti atau makna yang lain seperti :

"Dan Kami berikan Nabi Isa Ibni Maryam beberapa keterangan kebenaran
(mukjizat), serta Kami kuatkan Dia Dengan Ruhul-Qudus (Jibril). "(Surah
al-Baqarah : 253)

Maka roh di sini diterjemahkan sebagai Jibril.

"Wahai anak-anakku! pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf
dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat
serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan
pertolongan Allah itu melainkan kaum Yang kafir".(Surah Yusuf : 87)

Yang dimaksudkan di sini ialah rahmat Allah.
"Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta
syurga kenikmatan."(Surah al-Waqi’ah :89)

Roh di sini diterjemahkan sebagai kerehatan.

"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari
perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan
melainkan sedikit sahaja".(Surah al-Isra’ :85)

Roh di sini adadalah makhluk sama ada roh manusia atau pun haiwan.
Ataupun di dalam bahasa Melayu diterjemahkan sebagai nyawa.

"kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya
roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya ".(Surah
al-Sad : 72)

Maka pengertian roh di sini adalah roh yang ditiupkan ke dalam jasad
Adam iaitu nyawa.


Setelah kita lihat di dalam ayat-ayat yang disebutkan dan di dalam
ayat-ayat yang lain ternyatalah tidak ada satu pun ayat yang mengatakan
roh / arwah itu adalah jin.Sebagaimana diriwayatkan sabda Rasulullah saw :

لا تَسُبُّوا الرِّيحَ فَإِنَّها مِنْ رُوْحِ اللهِ

Maksudnya : Janganlah kamu menyumpah angin kerana ia adalah daripada
rahmat Allah.

Juga diriwayatkan satu hadis :

عِيسَى عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُهُ وَكَلِمَةُ اللهِ ورُوْحُهُ

Maksudnya : Isa adalah hamba Allah, rasulnya, kalimah dan kekasihnya.

Dan hadis :

إِنَّ رَسُول اللهِ لَعَنَ مَنِ اتَّخَذَ شَيْئاً فِيهِ رُوحٌ عَرَضاً
Maksudnya : Rasulullah melaknat barang siapa yang mengambil sesuatu yang
ada padanya roh dengan sengaja memang tujuan sasarannya.


Dan diriwayatkan dalam hadis yang lain :

الأَرْوَاحُ جُنُودٌ مُجَنَّدَةٌ فَما تَعَارَفَ ائْتَلَفَ فَمَا تَنَاكَرَ اخْتَلَفَ
Maksudnya : Roh-roh adalah tentera yang diaturkan, apabila ia
berkenalan, ia akan berbaik-baik, apabila ia tidak sebati ia akan berkelahi.


  • al quran online 
  • alam bunian
  • alam gaib
  • alam ghaib
  • alam gaib jin muslim
  • alam jin
  • alam jin islam
  • alam jin menurut islam
  • alquran
  • ceramah agama

Berlangganan update artikel terbaru via email:

0 Response to "Jenis jin dan tugas nya|alam gaib"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

loading...

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel